Followers

Tuesday, November 16, 2010

SENI BELA DIRI KEBATINAN JURUS ACHEH MALAYSIA(cawangan pusat)

Berasal dari tanah Rencung Acheh, Allahyarham Bapak Ismail Ahmad lah pengasas seni bela diri ini, dibawa masuk ke Semenanjung pada tahun 60an, ilmu yang dipelajari dari seorang kyai ditanah pulau Rencung Acheh yang bernama kyai haji Mahmud ketika beliau bertugas sebagai tentera. Beliau adalah anak jati Kelantan dan menetap di Berek 12, Kota Bharu.

Pada peristiwa 13 Mei 1969, yang mana peristiwa berdarah melibatkan rusuhan antara kaum, beliau juga turut terlibat bersama dua rakannya yang berbangsa Jawa. Sewaktu hidup, beliau pernah menceritakan pengalamannya berhadapan dengan saat tragis ketika berlaku peristiwa tersebut. Darah mengalir dimerata tempat, mayat orang-orang Melayu dan Cina bergelimpangan disana sini, amukan orang Melayu dan Cina kedengaran.

Dengan berbekalkan ilmu yang dituntut dan semangat perkauman yang tinggi,ramai kaum Cina yang menjadi korban ditangan beliau dan rakannya, sehinggalah kerajaan mengisytiharkan darurat dan tentera mengambil alih pemerintahan buat beberapa waktu. Selepas peristiwa 13 Mei itu berlaku banyak perguruan silat yang wujud bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Orang-orang Melayu mula mencari ilmu-ilmu untuk keselamatan diri, baik berbentuk zahir ataupun batin yang mana seni bela diri pada ketika itu dianggap sesuatu penting yang harus dimiliki dan dituntut.

Setelah bersara dari tentera, beliau mula aktif dan serius mengajar anak-anak Melayu tentang seni bela diri ini di Kelantan. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1993. Pemergian beliau bagaikan hilang sebutir permata yang berharga. Namun, amanah diletakkan pula pada Abi syukri untuk menerajui semangat dan perjuangan beliau dengan bertujuan agar bela diri ini tidak pupus ditelan zaman dan tidak terus dilupakan.

Selepas 7 tahun pemergian tuan guru Ismail Ahmad kerahmatullah ,perguruan ini dianggap sepi namun, Pada tahun 2000 perguruan ini telah mula mengorak langkah kembali dibawah pimpinan Abi Syukri yang mana pada masa itu ilmu TENAGA DALAM, telah mula mendapat tempat dihati masyarakat Melayu. Oleh kerana cintakan ilmu asli yang yang pernah dibawakan oleh pendekar-pendekar Melayu dan ulama-ulama silam, jati diri bangsa harus dipertahankan..

KINI, ahli-ahli Seni Bela Diri Jurus Acheh telah mencapai beribu keahliannya dan begitu aktif diseluruh Malaysia,indonesia,singapura dan juga brunei.. seperti kata pepatah “bagaikan api memakan sekam”…

Amalannya terlalu ringkas, tiada ritual berat seperti puasa, tidak perlu bersilat, meditasi bertapa dan tidak perlu beramal sehingga 40hari untuk memantapkan ilmu. Ini kerana selepas saja diijazahkan bisa terus diuji dan digunakan. Insyaallah….

Insyaalah, didalam masa yang singkat penuntut akan mampu melakukan sebagaimana sedulur melakukannya seperti :

-Mengoyak kelapa dengan gigi
-Memecah buah keras dengan tangan
-Kebal asid
-Menarik kereta dengan gigi
-Ketahanan tubuh dari pukulan senjata tumpul atau tajam
-Mengoreng telur diatas kepala
-Mandi minyak panas
-Berjalan diatas kaca ,
-berguling diatas kaca

-sudu melekat pada tubuh
-bermain bola api

-memakan kaca
-ditanam hidup-hidup didalam liang
-berjalan diatas bara
-pecah botol dengan tangan
-berjalan dan tidur diatas paku
-tubuh dibakar
-memecah bata blok diatas tubuh dan kepala
-tubuh menjadi batang kayu
-ampungan badan
-mata di cili bersama garam dan asam limau
dan berbagai bagi lagi aksi ngeri yang kami akan buktikan dengan izin Allah dan tiada yang mustahil bila mengetahui kuncinya.




PERINGKAT PERTAMA (1 jam pengijazahan)
–Akan diijazahkan ibu amalan kebatinan Jurus Acheh peringkat pertama dan Amalan Kebatinan Gerak Kalimah, akan di ajar beberapa gerakan-gerakan jurus seperti jurus pertahanan dan jurus serangan, disertai dengan tunjuk ajar cara-cara memindahkan amalan pada orang lain, benda atau rumah.Ini bertujuan adalah untuk keselamatan dari khianat jahat manusia, jin dan iblis , pemindahan amalan pada air sebagai air penawar untuk perubatan dan sebagainya. Disertai Cara memohon gerak silat sejati (gerak silat sendiri) atau bela diri perguruan lain dan teknik2 menghadapi serangan lawan dengan kaedah tolak, tekan dan kunci.




FIDYAH PERGURUAN (RM350)
beserta dengan satu kitab amalan,
1 vcd seni zahir wajib Jurus Acheh,
1 vcd jabat amalan peringkat pertama
vcd gerakan jurus kebatinan
beserta 1 sijil keahlian





PERINGKAT KEDUA (1 jam pengijazahan)
-Akan diijazahkan amalan Kebatinan Jurus Acheh peringkat ke 2, amalan gabungan Jurus Acheh peringkat ke-2 dan amalan gerak kalimah, cara memasang jurus jangka, amalan penimbulan, amalan sarung kulhuwallah (kekebalan kulit), ketahanan badan dari pukulan senjata, isian gabungan 3 kembar ,kunci 5, akan dibukakan tenaga perawatan peringkat ke2, ilmu pemusnah kuasa lawan, ilmu pengunci kuasa, ilmu pembisa tangan, kekuatan penumbuk, ilmu peledak jin, ilmu imbasan atau scan,ilmu halimunan, ilmu pelangkah hulubalang




FIDYAH PERGURUAN (RM599)
akan di berikan kitab amalan kebatinan Jurus Acheh peringkat ke2,
1 VCD jabat amalan Peringkat pertama
1 VCD jabat amalan Peringkat Ke-2,
vcd gerakan jurus kebatinan dvd seni zahir wajib,
dvd seni kebatinan Jurus Acheh (1)
1 sijil keahlian.




PERINGKAT KE 3 / PENDIRI (guru muda) (3 jam pengijazahan)
-Akan diijazahkan amalan kebatinan Jurus Acheh peringkat ke3,dibukakan kunci guru, cara-cara pengijazahan murid,keadah membuka gelanggang, satu kitab kerezekian, amalan sarung shahadat, ilmu sangga bunuh, amalan besi jawa, amalan besi berhak, amalan besi malu, amalan besi kedigayaan (jubah besi) pembisa tongkat, tangan besi, penggerak tidur,kunci mulut anjing, amalan supaya binatang buas tidak mengusik diri,buang gerah diri, serapah nabi sulaiman,pelemah musuh, buang bisa tangan musuh, amalan kulit, tubuh kalis api, pengerun, amalan 7 kursi,isiman besi kursani, sumpahan ular, ilmu pukau, amalan wali 7, akan dibukakan tenaga perawatan peringkat guru, bagi peringkat ini pendiri boleh mengijazahkan peringkat murid sahaja yakni peringkat pertama dan kedua dan tidak layak mengangkat muridnya sebagai guru. Bagi penuntut yang ingin mengambil peringkat khalifah haruslah bertemu dan guru tua ataupun khalifah-khalifah muda (khalifah negeri) untuk upacara mandi adat, barulah peringkat khalifah dianggap sah didalam perguruan ini.




(Fidyah perguruan RM 2,800.00)
akan diberikan kitab amalan Jurus Acheh peringkat pertama, ke2 dan ke3,
vcd jabat amalan peringkat 1,2 dan ke3,
vcd gerakan jurus,
vcd seni zahir wajib,
vcd aksi kebatinan 1 dan 2,
sebilah badik tanda guru muda,
selendang guru,
sijil keahlian dan
sijil pendiri juga diberikan.




PERINGKAT KEEMPAT (PERINGKAT KHALIFAH NEGERI)


(5 jam pengijazahan)
Perguruan ini mengalu–alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi KHALIFAH NEGERI , keistimewaan pada peringkat ini adalah apabila seseorang yang ditabalkan dan diangkat sebagai khalifah, maka dia boleh mengijazahkan kesemua amalan kebatinan Jurus Acheh peringkat 1,2 serta diberi juga dan keizinan mengijazahkan peringkat pendiri (guru muda )pada muridnya tanpa perlu ada kehadiran guru tua, amalan khas untuk peringkat khalifah iaitu jabat rohaniah, ilmu pancung maya, amalan senjata fakir amalan pedang sakti,amalan khodam khusus,ilmu putaran belut jannali, ilmu gagah baginda Ali,meminjam kelebihan guru, ilmu paku bumi, akan dibuka tenaga perawatan peringkat tertinggi dan berbagai lagi ilmu-ilmu tambahan yang akan diperturunkan. Bagi peringkat ini hanya terhad kepada 2 orang sahaja bagi sesebuah negeri..




Fidyah perguruan RM5,550.00
akan menerima kitab amalan peringkat 1,2,3
dan kitab khalifah,
kitab kerezekian,
kitab pengasih ,
kitab perubatan 1 dan 2,
vcd gerakan jurus,
vcd seni zahir wajib,
vcd aksi kebatinan 1 dan aksi kebatinan 2,
vcd cara cara pengijazahan murid,
vcd cara pengijazahan peringkat pendiri ,
sebilah keris tanda khalifah,
selendang khalifah,
sijil keahlian dan
sijil khalifah juga diberikan.




PERINGKAT KE-5 – PERINGKAT PELEPAS (5 jam pengijazahan)




Bagi mereka yang berminat untuk membuka perguruan sendiri yang mana organisasinya tidak mahu terikat dibawah payung seni bela diri Jurus Acheh juga dibuka, walaupun sedemikian tunjuk ajar akan sentiasa diberikan disetiap permasalahan atau kemusykilan berkeanaan ilmu dan juga amalan yang diperturunkan, pada peringkat ini kesemua keilmuan diatas akan terus langsung diijazahkan.




Fidyah tebus pelepas RM 10,000.00,
akan menerima kitab amalan peringkat 1,2,3
kitab khalifah,
kitab kerezekian,
kitab pengasih ,
kitab perubatan 1 dan 2,
vcd gerakan jurus,
vcd seni zahir wajib,
vcd aksi kebatinan 1 dan aksi kebatinan 2,
vcd cara cara pengijazahan murid,
VCD Cara Pengijazahan Peringkat PENDIRI ,
sebilah keris
dan selendang pelepas.


Kami juga menawarkan perkhidmatan rawatan tradisional kepada yang bermasalah seperti :

- Seperti gangguan makhluk-makhluk halus -
- khianat jahat manusia, gangguan jin dan iblis
- santau
- terkena ilmu hitam.
- Masalah rumah tangga
- suami isteri selalu benci-membenci
- suami cari perempuan lain,
- isteri curang
- lambat jodoh
- pelalau
- apa dibuat selalu tidak berjaya
- masalah putus kasih
- kekasih di ambil orang,
- anak degil
- anak lari dari rumah
- masalah ketagihan arak dan dadah
- buang saka - susah tidur malam,
- runsing tidak bersebab
- sentiasa nak tidur
- suka bercakap bersendirian
- dibuli, dihina
- serba tak kena
- pelaris diri
- pelaris perniagaan
- pagar rumah
- pagar kebun dan kedai,
- mati pucuk
- lemah tenaga batin
- senjata lelaki terlalu kecil
- mandi bunga,
- sawan,badi
- anak selalu menangis malam
- Resdung
- Kanser atau ketumbuhan
- pulih perawan
- isteri sukar bersalin
- minyak selusuh untuk ibu-ibu yang bakal bersalin,
- pelepas susu botol dan susu ibu,
- susuk ayat
- cuci tempat tempat keras yang dihuni makhluk-makhluk halus
- ikhtiar untuk mendapatkan zuriat
-senjata lelaki terlalu kecil
- mandi bunga,
- sawan,badi
- anak selalu menangis malam
- Resdung
- Kanser atau ketumbuhan
- pulih perawan
- isteri sukar bersalin
- minyak selusuh untuk ibu-ibu yang bakal bersalin,
- pelepas susu botol dan susu ibu,
- susuk ayat
- cuci tempat tempat keras yang dihuni makhluk-makhluk halus
- ikhtiar untuk mendapatkan zuriat



BAYARAN PERUBATAN ADALAH IKHLAS




KECUALI PAGAR RUMAH ATAU KEBUN (RM450) PELEPAS (RM150)




KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMPELAJARI SENI BELA DIRI INI, BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN :

012-5664453/0175004453(PAKSUZAM) 









ADAB BERGURU OLEH IMAM AL-GHAZALI


1. Apabila bertemu dengan guru hendaklah memberi salam.




2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.




3. Jangan bercakap sebelum guru bertanya




.4. Jangan bertanya sebelum meminta izin dan dizinkan




.5. Jangan menyangkal (tunjuk rasa tidak puas hati) terhadap guru




.6. Jangan mengisyaratkan kepada guru dengan menyalahi pendapatnya.




7. Jangan berbisik dengan rakan di sebelah ketika guru mengajar.




8. Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan (bermain) di hadapan guru.




9. Jangan bertanya banyak soalan kepada guru ketika guru letih.




10. Apabila guru berdiri hendaklah kita berdiri sebagai menghormatinya.




11. Jangan mengikuti guru dengan pelbagai pertanyaan setelah guru meninggalkan majlis.




12. Jangan bertanyakan guru di tengah perjalanan sehingga dia sampai kerumahnya atau ke tempat duduknya.




13. Jangan bersikap buruk sangka terhadap pekerjaan guru.




14. Jangan mengumpat / fitnah / menipu / bermusuhan dengan guru.




15. Jangan bersikap sombong terhadap guru yang tidak mengajar kita dan setelah guru itu tidak lagi mengajar kita.




16. Jangan engkar permintaan / suruhan guru selagi permintaan itu tidak menyalahi syariat agama / undang-undang / tatasusila.




17. Sentiasalah berbudi kepada guru dan menyenangkan hati guru.




18. Ziarahi guru ketika dia sakit atau dalam musibah.




19. Sentiasalah mendoakan guru dirahmati Allah


20 mencium tangan guru sebagai tanda hormat

4 comments:

  1. adakah silat ini menpunyai pantang larang.....seperti
    tak boleh berzina

    ReplyDelete
  2. Letak harga ribu ribu...

    Ada ke nabi mohd saw mengajar tentang islam baginda minta duit pada para sahabat dan pengikut baginda?

    Para nabi yg mengajar umat masing masing ada letak harga ke atas ilmu yg mereka ajarkan itu?

    Sudah sudah la tu....
    Berjuang lah dijalan allah dgn jujur dan ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan serta balasan.

    Allah beri ilmu pd kita pun percuma je
    Jgn la kita nak letakkan harga didlm bab bab ilmu ni....
    Malu la skit pd allah dan rasul

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak salah meletak harga kerana ilmu akan lebih dihargai.

      belajar ilmu agama pun ada bayarannya.

      guru akan mengorbankan masa tenaga dan bertanggungjawab terhadap murid. guru pun nk makan juga perlu kenderaan juga.

      berubat dihospital misalnya lebih mahal tp diterima kerana peralatan dan ubat serta kepakaran mahal.

      begitu juga ilmu2 kebatinan. guru termujahadah utk mencapai peringkat itu.

      kalau ada duit pun terus nk lompat ke peringkat yg tinggi tidak menjadi kerana bukan nilai duit yg menentukannya. ubat boleh dibeli yg mahal2 sekali gus, ilmu tidak begitu. jika tidak beramal tidaklah ianya berkesan dlm diri.

      utk mencapai peringkat yg boleh mengijazah dan membuat pengisian bukan senang. kalau jual senjata api lebih senang, ada barang ada duit boleh beli balik terus berlatih sikit dan guna.

      ilmu allah memang percuma tp kalau beli buku agama pun ada harganya, air zam2 pun bukan percuma. kerana ada kos perkhidmatan yg ditanggung oleh guru.

      pengisian bukan semata2 beli buku atau vcd, ia adalah kemampuan batin guru utk mengisi kedlm diri muridnya. balik rumah murid kena berlatih sendiri, guru hanya buka jalan dan beri alat, terpulang murid utk menajamkan ilmu.

      jika guru tidak dibantu dgn keperluan asas minimum hidupnya, tentu guru rasa buang masa menurunkan ilmu kerana masa hanya boleh digunakan utk mencari rezeki utk keluarga. maka hilanglah ilmu ditelan zaman.

      cuba bykkan nk pergi ibadah haji pun kosnya mahal, walhal itu ibadat wajib. kenapa syarikat penerbangan tk bagi percuma saja. atau hotel di mekah bg percuma termasuk makan minum.

      jd jgn memahami ilmu allah mesti percuma. sebb manusia yg menguruskannya perlukan wang utk bergerak.

      jika hendak percuma ada caranya. bykkan zikir dan ibadat serta munajat kpd allah utk memohon ilmu2 tertentu. bermujahadah lah ikut cara yg sendiri suka dan percuma. hanya perlu tikar sejadah dan sanggup meluang masa bersungguh2 bermujahadah.

      sekian adanya.

      Delete
  3. Terbaik tuan...itulah cabaran dalam melestarikan ilmu² simpanan ulamak² silam

    ReplyDelete